Ahad, 3 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR KE 11 IZZAH



3.3.2002 kami diuji dengan anugerah bayi ketiga yg lahir dengan Congenitial Dyserythropotic Anaemia.Tubuh kecil itu memerlukan pemindahan darah setiap dua minggu sekali.Selama lima tahun pertama kelahirannya hospital hampir menjadi rumah kedua kami.Airmata,tangisan kesakitan dan kepedihan luka bersatu dalam doa pinta dan rayuan pengharapan yang tidak putus-putus kepada Maha Pencipta.

Selepas limpanya membengkak dan akhirnya dibuang melalui pembedahan pada 13.3.2007 iaitu sepuluh hari selepas hari lahirnya yang ke lima,akhirnya sinar terang muncul perlahan-lahan.Hari berganti dilalui dengan seribu kenangan pahit manis mencipta rasa syukur atas anugerah yg tidak ternilai ini.

Nurul Izzah adalah 'cahaya kekuatan' yang muncul selepas satu perjalanan sabar yang panjang. Ya Allah,kurniakanlah kesempatan yang panjang untuk kami membesarkannya dan kekuatan untuk kami mendidiknya menjadi hambaMu yang taat.

Selamat hari lahir Izzah kesebelas Izzah,bintang hati mak dan abah.Teruslah bersinar sayang.Teruslah.


 
 Terima kasih cik Kakak sebab tolong buatkan kek redvelvet kegemaran Izzah.