Ahad, 29 September 2013

SALAM INGATAN

Masa berlalu pantas tanpa disedari rupanya sudah empat bulan blog ini ditinggalkan sepi.

Berbagai kisah manis pahit rencah kehidupan terakam dalam hati dan minda tapi tak mampu diluahkan dalam blog ini.

Esok lusa belum pasti menjanjikan kebahagiaan dan ketawa riang namun kita hargai dan nikmati segala anugerah yg kita miliki hari ini sebaiknya.

Salam sayang

Khamis, 9 Mei 2013

9 MEI 2013

Setiap saat dan detik yg kita lalui saban hari adalah perjalanan meniti hari kematian.

Dua puluh tahun dahulu saya berumur 23.Alhamdulillah.

Ahad, 3 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR KE 11 IZZAH



3.3.2002 kami diuji dengan anugerah bayi ketiga yg lahir dengan Congenitial Dyserythropotic Anaemia.Tubuh kecil itu memerlukan pemindahan darah setiap dua minggu sekali.Selama lima tahun pertama kelahirannya hospital hampir menjadi rumah kedua kami.Airmata,tangisan kesakitan dan kepedihan luka bersatu dalam doa pinta dan rayuan pengharapan yang tidak putus-putus kepada Maha Pencipta.

Selepas limpanya membengkak dan akhirnya dibuang melalui pembedahan pada 13.3.2007 iaitu sepuluh hari selepas hari lahirnya yang ke lima,akhirnya sinar terang muncul perlahan-lahan.Hari berganti dilalui dengan seribu kenangan pahit manis mencipta rasa syukur atas anugerah yg tidak ternilai ini.

Nurul Izzah adalah 'cahaya kekuatan' yang muncul selepas satu perjalanan sabar yang panjang. Ya Allah,kurniakanlah kesempatan yang panjang untuk kami membesarkannya dan kekuatan untuk kami mendidiknya menjadi hambaMu yang taat.

Selamat hari lahir Izzah kesebelas Izzah,bintang hati mak dan abah.Teruslah bersinar sayang.Teruslah.


 
 Terima kasih cik Kakak sebab tolong buatkan kek redvelvet kegemaran Izzah.


Isnin, 25 Februari 2013

TAHNIAH

Semalam Cik Kakak dan kawan-kawannya dalam majlis anugerah pelajar terbaik PMR 2012.

Alhamdulillah.

Cik Kakak dengan Ustaz Shah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat berguna sepanjang berada di SMAT Ar Rahman..
 dengan cikgu-cikgu kesayangan dia pula
 Tercapai hajat Cik Kakak nak buat kek untuk cikgu-cikgu dia.Cikgu Umi dgn kek Red Velvet hasil tangan Kakak

Semuga cik Kakak akan terus cemerlang mengejar cita-cita di sekolah yang baru...ingat pesanan emak,cemerlang bukan sekadar berapa banyak A yg tercatat dalam sijil.tapi.....whohaaa!!!


Khamis, 21 Februari 2013

ANAK

Macam rumah tinggal pulak blog ni,sunyi sejak akhir-akhir ini. Bukanlah sibuk mana pun sebenarnya,cuma agak letih menyelesaikan hal anak-anak. Izzah demam seminggu,melepek tak bangun.Syukurlah bila kebah demam terus ceria dapat pergi sekolah. Hilang risau hati.Alhamdulillah.
Cik Kakak pulak sejak masuk kelas tuisyen seminggu dua kali kena hantar-ambil,mmg longgar lutut drive menghantar.Jauh pulak rumah cikgunya.Berkorban apa saja demi anak .
Syukurlah manaja bucuk mak sorang ni rajin tolong mak masak di dapur.sayang Kakak Hannah.

Jumaat, 1 Februari 2013

LADANG ARNAB BROGA


Assalamualaikum !



Bayaran masuk RM 5 seorang.Kawasan penternakan arnab terbesar di Malaysia..memang banyakkkkk arnab bermacam-macam jenis..Yang best tu bukan arnab jer,lain-lain binatang pun ada juga.

 Anak-anak ada yang seronok terkinja-kinja ..ada yang berani-berani takut..siapa lagi kalau bukan Irfanboi ;)
 Kawasannya luas boleh tengok macam-macam pokok buah-buahan.Jambatan ni digantung antara dua batang pokok petai.Teruja nampak petai bergayut kat pokok..
 sayang kualiti gambar tak berapa nak bagus sebab budak kecil yg ambil..lagi pun malas nak edit ehh..
 comel  comel  comel  rasa nak picit!
 Hannah leka betul dekat sini
 Irfan tengok dari jauh sebab dia tak berani..elehh...!


 Kawan baru yang manja


 Hey! kawan...MOOOOO!!
 Dua ekor rusa sedang bermalas-malasan.
Cik Kakak dengan best friend dia
 Kandang yang jadi kesukaan ialahhh...
 
 kandang monyetttt..lincah!

 
 Bising kat sini kena tutup telinga..ada angsa dan itik bergabung buat konsert



 Ada restoran ala warung kopi kampung kat sini tapi kami pi makan sate arnab kat Sate Samuri Kajang.










Dah lah tu...hari dah petang kita baliklah..semua pergi mandi!!!

Isnin, 28 Januari 2013

NAIK KUDA

Kisah bermula bila Irfan nampak budak lelaki ni naik kuda.Berani budak ni,siap senyum lambai-lambai bapa dia lagi.
Sebagai emak yg prihatin,tengok muka seposen anak macam ni memang tahulah isi hati dia kan..
Maka cepat-cepatlah berkejar beli token . Beli untuk anak-anak yang kecil bertiga orang tu jerlah..yg besar dua orang tu konon malu nak naik,lagi pun masa kecil-kecil dah merasa naik kuda padi macam ni.

Wah! teruja sungguhlah Irfan bila abah pakaikan topi ni.

 Nampak tak berapa lebar punya senyum

 Sekali sudah naik atas kuda ..dia mula buat muka cuak..apa dah jadi..?

 Masa ni Abah masih pujuk-pujuk..
 yang ni dah tak boleh tahan lagi..nak nangis dah minta turun!
 Nak tau sebab apa..?
Irfan kata "Ipan takut! rambut kuda tu besarrrr sangat (banyak sangat)"
Adehh...!! apa punya alasanlah..boleh dia takut dengan rambut! gelihati betul..

 Kalau tengok betul-betul memang lebat sungguh 'rambut' kuda tu..patutlah Irfan seram..wakakaka
 Hannah yang paling best!senyum seronok dia..



Kakak Izzah punya turn..


 Token satu lagi yg Irfan tak jadi naik tu..cik Kakak yang kebas..kikiki