3.3.2002
kami diuji dengan anugerah bayi ketiga yg lahir dengan Congenitial
Dyserythropotic Anaemia.Tubuh kecil itu memerlukan pemindahan darah
setiap dua minggu sekali.Selama lima tahun pertama kelahirannya hospital
hampir menjadi rumah kedua kami.Airmata,tangisan kesakitan dan
kepedihan luka bersatu dalam doa pinta dan rayuan pengharapan yang
tidak putus-putus kepada Maha Pencipta.
Selepas limpanya
membengkak dan akhirnya dibuang melalui pembedahan pada 13.3.2007 iaitu
sepuluh hari selepas hari lahirnya yang ke lima,akhirnya sinar terang
muncul perlahan-lahan.Hari berganti dilalui dengan seribu kenangan pahit
manis mencipta rasa syukur atas anugerah yg tidak ternilai ini.
Nurul Izzah adalah 'cahaya kekuatan' yang muncul selepas satu
perjalanan sabar yang panjang. Ya Allah,kurniakanlah kesempatan yang
panjang untuk kami membesarkannya dan kekuatan untuk kami mendidiknya
menjadi hambaMu yang taat.
Selamat hari lahir Izzah kesebelas Izzah,bintang hati mak dan abah.Teruslah bersinar sayang.Teruslah.
Terima kasih cik Kakak sebab tolong buatkan kek redvelvet kegemaran Izzah.