Khamis, 29 November 2012

POKOK DAN AKAR

  Pagi tu cuaca terang jadi kami ambil keputusan nak tengok pokok dan berjalan dicelah-celah banir ..
 
Siapa jalan paling depan..? yer..Hannah..dia memang paling manja,saiz badan kecil  tapi paling berani antara adik-beradik yg lain.
Izzah : mak jalan cepat sikit mak..nanti sesat.

Cik kakak nampak pokok paku pakis..terus menjerit suka !fern! fern! besarnya..cantik! alahai..tu pun nak kecoh..poyo betul budak keyy ell ni

 
 Teringat masa kecil dulu,banyak pokok paku pakis keliling rumah nenek..bila nenek ajak ikut cari daun paku untuk buat sayur masak lemak,semua lari menyorok..hahaha..dalam kebun nenek tu banyak pacat!

 
jumpa pokok berpintal lagilah double kecoh


Subhanallah..! 

 Melalui denai dan berjalan berpinpin tangan di celah-celah akar ni selain dapat pengalaman,menambah erat kasih sayang juga sebenarnya..
 

 dah penat,rehat sekejap..lupa pulak nak bawa kitkat


Iktibar  dari akar pokok :

Mak: Kakak.cuba tengok akar pokok ni,mungkin pokok ni dah hidup berpuluh atau beratus tahun tapi akarnya yang kuat membuatkan pokok ni masih berdiri teguh di celah-celah pokok yg lain.

Kakak: Besarnya pokok ni..tapi tak mati-mati lagi kan..
 

Mak :  Kuat pokok ni...kita pun mesti ada akar yang kuat macam pokok ni..solat jangan sesekali tinggal..bila ada cabaran atau masalah dalam hidup...InsyaAllah iman yang kuat akan jadi benteng selamatkan kita.

Kakak: Kakak mana ada tinggal solatlah mak..Abang tu kadang-kadang tertidur tak solat isyak..Izzah pulak selalu solat lambat.

Mak : Tanggungjawab Kakak kena ingatkan adik-adik,jaga solat diorang,jangan bergaduh adik beradik,jadilah macam akar pokok ni..kalau adik beradik hidup sepakat,saling ingat-mengingati,hidup saling tolong menolong..Insya Allah keluarga jadi kita akan jadi kuat dan hebat!

Kakak: Itu pun dengan izin Allahkan mak..macam pokok ni..sekali Allah bagi petir sambar dia atau tiup angin panas kasi terbakar hutan ni..habislah pokok ni.

Mak: Itu betullah..tapi sekurang-kurangnya semasa pokok ni hidup,akar dia banyak berjasa..sedut baja dari tanah untuk makanan pokok dan jadi macam jari jemari kaki yang mencengkam kuat pada pokok yang  besar.


Kakak: Mak..cuba bayangkan akak pokok ni berlari mengejar kita..lepas tu jari jemarinya melambai-lambai..lepas tu..daun-daun dengan batang pokok ni mengeluarkan bunyi macam raksaksa siap ada mata merah celah daun dia.....lepas tu.....muahahaha..

Mak : Kakak! kita dalam hutan ni ..mulut tu jaga !!


dengar bunyi air..

makin lama makin dekat..


Alhamdulillah! dah sampai ..


ada jambatan kayu merentang air terjun tu..tapi tak dijaga..papannya dah banyak tercabut..so sedih ;(

Abang tak tunggu lama..nampak air terus buka kasut..buka..err..
Irfan nak join Abang tapi abah tak bagi..siannn
air deras jugak..





Dah petang...jom balik!

 

Nak tahu kat mana..? sebenarnya kami kat sini jer


Rabu, 28 November 2012

BBMMMMC

BUDAK-BUDAK MAIN MASAK-MASAK MASA CUTI

Bila cuti saja projek masak-masak berjalan aktif.Kali ni banyak projek telah diambil alih oleh cik Kakak selaku ketua pasukan merangkap ketua kebersihan dan Izzah sebagai pembantu kanan. Abang sebagai pembantu kiri dan adik-adik yg lain sebagai tukang sorak. Bagus..bagus..walaupun masih ada kekurangan di sana-sini tapi memadailah as a beginner .

Yang penting sekarang emak ada banyak masa untuk menambah lemak berblog dan berfb..yahuu !!

Kek pisang sempoi..sedap jugak rupanya pisang tu tak di blend sebaliknya hanya dihancurkan dgn pelenyek saja..bila dikuyah tergigit pisangnya..walla..!
Pagi-pagi bila bangun tidur terdengar bunyi kelentang-kelentung kat dapur tu tandanya ada projek under construction..jangan kacau..turun pelan-pelan dan terus puji ...Wow!! bestnya..! sedapnya spaghetti cabonara ni..! pandainya korang masakkk....*senyum lebar sambil betulkan senduk terlentang tu dan buat-buat tak nampak  saja dengan penapis atas meja..

Nescaya pada malam hari ada yang pula yang gulung sushi sebab aura pujian biasanya membara sampai malam..fuh! Cerdikkan kalau kita tau teknik membodek memuji ni..? (-_-)' Cerah masa depan.

 Terima kasih Ketua pasukan yang garang dan pembantu kanan

 Pembantu kiri yang kadang-kadang pengelat dan sangat pandai membuat sepah

Tukang sorak yang hebat
BRAVO !

Isnin, 26 November 2012

MENUJU PUNCAK

*Macamlah puncak sangat kan..hahahaha.!
Senang citer..kami TERdaki secara tak sengaja tapi Alhamdulillah semuanya berjaya! sungguh tak sangka..


 Tiap kali ke CH kami memang akan naik ke Boh Sg Palas yg berliku-liku tu..Abah konon nak try skill mencabar lalu jalan sempit berselekoh tajam dan gaung kat sebelah..errr...Nauzubillah. Anak-anak berpesta hon ..sebab kat situ semua kereta yg berselisih akan tekan hon sebagai amaran .Mak pulak nak minum teh panas dengan scone kat Restoran tergantung tu..! hahaha

Kali ni saja nak minum kat kebun teh Boh satu lagi di Habu/Ringlet.Jalan tak lah curam dan bengkang bengkok sangat tapi boleh tahan juga tingginya.
 

 Bila sampai tea garden,terus jer naik laluan lereng ladang teh tu..konon nak ambil gambar sebelum minum lah kan..
 
 Masa tu senyum jer sebab terbayang nak hirup teh panas kan..Sekali lagi tinggi..lagi banyak anak tangga..lagi..lagi...hadoi! dah alang-alang memanjat tu biar sampai puncak kan!

 
Kat sini dah berhenti termengah keletihan..hahahah...badan kenderaan berat lalu ikut lane kiri
Macam biasa,yang paling cepat jalan tentulah Irfan !  Dia tak berjalan sebenarnya..tapi BERLARI..!
 
terpaksa Abang kejar dan tangkap sebab ada laluan tu yang bertangga curam dan ada tempat yang licin dan macam bahaya juga..

Berhenti sekejap sambil menghirup udara segar di celah-celah pokok teh

Suka sangat tengok gambar dua beradik ni..Irfan sangat manja dengan Abang..bila nak tidur mesti cari Abang.
Akhirnyaa..!! sampai juga kami ke puncak! sayup-sayup nampak pemandangan yang sangat cantik..dan kilang teh kat bawah.Subhanallah! memang berbaloi naik sampai atas.

Seronok betul bebudak dua ni..hingga hilang rasa letih lutut mendaki..

Paling tinggi...;)

Sempat petik bunga pulak

 Masa turun tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah kehausan..berkejar-kejar turun..;)

 apalagi..
 sruputtt..segerrr...hilang letih !
 Sepanjang jalan turun tea garden nampak kebun sayur


 cantik..segar..kann..kann..
 lagikkk
 sekali kau..hah!!
Selambak baja najis tutt..uwekk! Bau dia tak usah cakaplah kan...tengok gambar pun dah terbau-bau..
 tak sanggup nak makan sayur Cameron kalau nampak cenggini..