Khamis, 29 November 2012

POKOK DAN AKAR

  Pagi tu cuaca terang jadi kami ambil keputusan nak tengok pokok dan berjalan dicelah-celah banir ..
 
Siapa jalan paling depan..? yer..Hannah..dia memang paling manja,saiz badan kecil  tapi paling berani antara adik-beradik yg lain.
Izzah : mak jalan cepat sikit mak..nanti sesat.

Cik kakak nampak pokok paku pakis..terus menjerit suka !fern! fern! besarnya..cantik! alahai..tu pun nak kecoh..poyo betul budak keyy ell ni

 
 Teringat masa kecil dulu,banyak pokok paku pakis keliling rumah nenek..bila nenek ajak ikut cari daun paku untuk buat sayur masak lemak,semua lari menyorok..hahaha..dalam kebun nenek tu banyak pacat!

 
jumpa pokok berpintal lagilah double kecoh


Subhanallah..! 

 Melalui denai dan berjalan berpinpin tangan di celah-celah akar ni selain dapat pengalaman,menambah erat kasih sayang juga sebenarnya..
 

 dah penat,rehat sekejap..lupa pulak nak bawa kitkat


Iktibar  dari akar pokok :

Mak: Kakak.cuba tengok akar pokok ni,mungkin pokok ni dah hidup berpuluh atau beratus tahun tapi akarnya yang kuat membuatkan pokok ni masih berdiri teguh di celah-celah pokok yg lain.

Kakak: Besarnya pokok ni..tapi tak mati-mati lagi kan..
 

Mak :  Kuat pokok ni...kita pun mesti ada akar yang kuat macam pokok ni..solat jangan sesekali tinggal..bila ada cabaran atau masalah dalam hidup...InsyaAllah iman yang kuat akan jadi benteng selamatkan kita.

Kakak: Kakak mana ada tinggal solatlah mak..Abang tu kadang-kadang tertidur tak solat isyak..Izzah pulak selalu solat lambat.

Mak : Tanggungjawab Kakak kena ingatkan adik-adik,jaga solat diorang,jangan bergaduh adik beradik,jadilah macam akar pokok ni..kalau adik beradik hidup sepakat,saling ingat-mengingati,hidup saling tolong menolong..Insya Allah keluarga jadi kita akan jadi kuat dan hebat!

Kakak: Itu pun dengan izin Allahkan mak..macam pokok ni..sekali Allah bagi petir sambar dia atau tiup angin panas kasi terbakar hutan ni..habislah pokok ni.

Mak: Itu betullah..tapi sekurang-kurangnya semasa pokok ni hidup,akar dia banyak berjasa..sedut baja dari tanah untuk makanan pokok dan jadi macam jari jemari kaki yang mencengkam kuat pada pokok yang  besar.


Kakak: Mak..cuba bayangkan akak pokok ni berlari mengejar kita..lepas tu jari jemarinya melambai-lambai..lepas tu..daun-daun dengan batang pokok ni mengeluarkan bunyi macam raksaksa siap ada mata merah celah daun dia.....lepas tu.....muahahaha..

Mak : Kakak! kita dalam hutan ni ..mulut tu jaga !!


dengar bunyi air..

makin lama makin dekat..


Alhamdulillah! dah sampai ..


ada jambatan kayu merentang air terjun tu..tapi tak dijaga..papannya dah banyak tercabut..so sedih ;(

Abang tak tunggu lama..nampak air terus buka kasut..buka..err..
Irfan nak join Abang tapi abah tak bagi..siannn
air deras jugak..





Dah petang...jom balik!

 

Nak tahu kat mana..? sebenarnya kami kat sini jer


Tiada ulasan:

Catat Ulasan