Jumaat, 14 Disember 2012

KERABU SARE

Siapa pernah makan sate sare? seewed atau nori yg buat balut sushi? kolagen ? Sebenarnya tu semua adik beradik sepupu sepapatlah.Asal usulnya keturunan rumpai laut.Banyak khasiat rumpai laut ni antaranya awet muda dan membantu proses penghadaman sebab ia mengandungi banyak fibre

    Kali pertama kakpinat nampak sare ni masa tengok pameran MAHA..kat situ ditulis fresh sweeted.  Nampak segar -bugar gitu kan..Tapi masa tu tak terbayang pulak sare ni sedap di makan. 
 
 Semuanya bermula bila melihat gambar di fb Kak Leyla Suri 

 Sebagai peminat makanan Jepun kakpinat memang teruja sangat nak merasa sare ni kan...maklumlah,dalam hati nak awet muda..ahaks!

Sekali tu selang beberapa hari jumpa pulak  Resepi kerabu sare kat blog Mek Klate kawan kakpinat ni.Alamak ! menitik-nitik air liur dibuatnya. Kasih-sayang Allah pada kakpinat dengan tak disangka2 ..ALHAMDULILLAH..malam2 hari  sahabat kakpinat ni datang ke rumah  menyampaikan hajat  makan kerabu ni...terasa macam orang mengandung mengidam pulak..hihihi
 
 Bila digaul semua ramuan ni,diperisakan dengan budu..memang sedap dan nikmat..terpejam-pejam mata menikmatinya..TERIMA KASIH sahabatku yg bersusah-payah,Allah jua yg membalasnya


2 ulasan: