Isnin, 25 Februari 2013

TAHNIAH

Semalam Cik Kakak dan kawan-kawannya dalam majlis anugerah pelajar terbaik PMR 2012.

Alhamdulillah.

Cik Kakak dengan Ustaz Shah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat berguna sepanjang berada di SMAT Ar Rahman..
 dengan cikgu-cikgu kesayangan dia pula
 Tercapai hajat Cik Kakak nak buat kek untuk cikgu-cikgu dia.Cikgu Umi dgn kek Red Velvet hasil tangan Kakak

Semuga cik Kakak akan terus cemerlang mengejar cita-cita di sekolah yang baru...ingat pesanan emak,cemerlang bukan sekadar berapa banyak A yg tercatat dalam sijil.tapi.....whohaaa!!!


Khamis, 21 Februari 2013

ANAK

Macam rumah tinggal pulak blog ni,sunyi sejak akhir-akhir ini. Bukanlah sibuk mana pun sebenarnya,cuma agak letih menyelesaikan hal anak-anak. Izzah demam seminggu,melepek tak bangun.Syukurlah bila kebah demam terus ceria dapat pergi sekolah. Hilang risau hati.Alhamdulillah.
Cik Kakak pulak sejak masuk kelas tuisyen seminggu dua kali kena hantar-ambil,mmg longgar lutut drive menghantar.Jauh pulak rumah cikgunya.Berkorban apa saja demi anak .
Syukurlah manaja bucuk mak sorang ni rajin tolong mak masak di dapur.sayang Kakak Hannah.

Jumaat, 1 Februari 2013

LADANG ARNAB BROGA


Assalamualaikum !



Bayaran masuk RM 5 seorang.Kawasan penternakan arnab terbesar di Malaysia..memang banyakkkkk arnab bermacam-macam jenis..Yang best tu bukan arnab jer,lain-lain binatang pun ada juga.

 Anak-anak ada yang seronok terkinja-kinja ..ada yang berani-berani takut..siapa lagi kalau bukan Irfanboi ;)
 Kawasannya luas boleh tengok macam-macam pokok buah-buahan.Jambatan ni digantung antara dua batang pokok petai.Teruja nampak petai bergayut kat pokok..
 sayang kualiti gambar tak berapa nak bagus sebab budak kecil yg ambil..lagi pun malas nak edit ehh..
 comel  comel  comel  rasa nak picit!
 Hannah leka betul dekat sini
 Irfan tengok dari jauh sebab dia tak berani..elehh...!


 Kawan baru yang manja


 Hey! kawan...MOOOOO!!
 Dua ekor rusa sedang bermalas-malasan.
Cik Kakak dengan best friend dia
 Kandang yang jadi kesukaan ialahhh...
 
 kandang monyetttt..lincah!

 
 Bising kat sini kena tutup telinga..ada angsa dan itik bergabung buat konsert



 Ada restoran ala warung kopi kampung kat sini tapi kami pi makan sate arnab kat Sate Samuri Kajang.










Dah lah tu...hari dah petang kita baliklah..semua pergi mandi!!!