Isnin, 26 November 2012

Buah Delima dan Cerita Dongeng nenek


Alhamdulillah! pagi yg terang hari ni ,masuk dapur saja terus makan buah delima. Saiznya besar,isinya merah dan manis.Sekarang mudah nak dapat buah delima di pasaraya .Sedap juga buat salad buah..campur dengan buah-buahan lain.

Masa kecil-kecil dulu ada banyak pokok delima di sekeliling rumah emak dan nenek.Buah delima kampung saiznya kecil dan isinya putih.Rasanya masam-masam manis.Nenek kata kena sabar makan delima sebutir-sebutir sampai habis sebab kalau nasib kita baik akan jumpa sebiji  'permata delima (ruby) warna merah menyala'

Akhirnya sampai habis setiap butir biji delima dimakan namun tak jumpa juga permata delima yang nenek katakan.Bijak betul helah orang tua zaman dahulu nak memastikan supaya makanan tidak dibazirkan.

 ****Buah delima (rumman) disebut dalam Al Quran :

 Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99


Isnin, 19 November 2012

KOLAM AIR PANAS LUBUK TIMAH

Cuti sekolah! wajah-wajah happy nak jalan-jalan..semua nak buat peace sampai bengkok jari


 Anak manja emak ..

 Ok dah sampai! tak ada pun orang yg jaga kereta motor ni..kalau ada pun tak berbaloi nak bayar..hahahaha

 
 Ramai yg mandi manda walaupun tengahari panas lat lit..

 Kami sekadar celup-celup kaki saja..buat tanda dah sampailahkan..kalau tak basah kaki nanti orang tak percaya pulak..huhuhu!..lagi pun tujuan kami sekadar nak singgah makan saja

 Subhanallah..Maha suci Allah menjadikan sungai yang jernih dan sejukkk

...bersebelahan dengan kolam air panas yang hangat!

Di mana air itu bercampur?
 Irfan makan nasi lemak favorite
 Lepas kenyang apa lagi..posinglahhh...
 sengih sana sini..peace kanan kiri..lepas tu..

 Sambung ke destinasi seterusnya ..di mana..? tunggu...!

Ahad, 18 November 2012

MOSSY FOREST ECOLOGICAL TOUR

Feeling like you’re in a fairy tale land..hakhakhak
Jom !
 The route to the Mossy Forest starts from the Sg Palas Boh Tea Plantation. Yup! laluan kecil yg berliku2 tu..Kami dah selalu naik situ..jadi kali ni nak try laluan yg lebih mencabar konon..Ada simpang ..kanan terus ke Boh Plantation,kiri ke gunung Brinchang..this lane is the highest road in Peninsular Malaysia. :) To enter the plantation, take the hill lane near Ee Feng Gu Honey Bee Farm in Brinchang. The scenery is so amazing!


 Nice view..Cantikkan..? masa turun gunung,..gear N saja..jaga break baik2

lumut 


 makcik tak pandai ambil gambar..kalau tengok real mmg cantik hidupan ni..
 Jom !

 From the Mossy Forest, there are several forest trails, some going to Gunung Irau a short trek away.






 makcik berdoa dalam hati janganlah terserempak dengan nenek kebayan..huhuhu
 Tapi sebenarnya laluan tu ramai orang lalu lalang terutama pelancong omputeh..riuh rendah tak lah seram sangat..
 Irfan bukan berjalan tapi berlari! Jenuh kami mengejar budak ni..
 Banyak pokok2 exotic dan cuaca dalam hutan ni tak banyak serangga hidup di sini
 The ground was damp and felt like walking on very thick (and soggy) carpet.

 Penuh lumut..agaknya usianya dah beratus-ratus tahun..kalau manusia berlumut,tak taulah cemana rupanya..
 Panjat menara tinjau pulak..


 Kalau cuaca terang boleh nampak Ipoh dari sini..kata orang lah.
 Sejuk berkabus! Subhanallah! tak sangka makcik kuat jugak memanjat tinggi macam ni..hasil latihan naik tangga sekolah tiap2 hari..puhh..puhh



Rabu, 7 November 2012

TAHNIAH IZZAH

Alhamdulillah Izzah dapat hadiah cemerlang di dua-dua sekolah tahun ni ! **First time pergi Majlis Anugerah Cemerlang pukul 8 malam ..budak-budak yg ambil hadiah pun muka dah mengantuzzzz


TAHNIAH IZAH SAYANG

HARI PENYAMPAIAN HADIAH

Cuaca pagi Ahad sejuk dan lembab diselang seli dengan hujan renyai-renyai.Suasana dalam rumah hari ni kecoh sebab Hannah bangun awal pagi dan bersiap-siap nak pergi ambil hadiah! semangat betul budak ni! First time naik pentas katakan..

Dapat hadiah nombor 3 dalam darjah dan buat persembahan koir dan kalam jamaie.
Hannah yang paling kecil antara kawan-kawan seusianya..tapi paling berani!
Sebab kecik kemetot Hannah kena berdiri hadapan sekali kat tengah-tengah betul-betul depan mikrofon
suara dia jer lah yg nyaring kan..
emak duduk bawah pentas cuak Hannah lupa lirik jer..rupa-rupanya Hannah dapat buat paling baekk! memang cayalah Hannah!
Bravo Hannah,semuga tahun depan lebih cemerlang!