Jumaat, 28 Disember 2012
Khamis, 27 Disember 2012
BERBENGKEL DI HARAP REDHA
Semuanya bermula di sini
Akhirnya membawa ke laluan indah air terjun berbukit bukau yang nyaman dan sepi di sini
Alhamdulillah,Allah beri kesempatan mengikuti kursus Mendorong Pelajar Corot atas bimbingan ilmu PN KHAIRUL ANIZA KHAIRUDDIN dari SMK Tun Teja Gopeng Perak..d great mentor! Peserta seramai 80 orang dari pelbagai latar belakang/usia/tempat. Didoakan semoga semuanya berjaya mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Mentor yg banyak pengalaman
Pelajar corot sedang memberanikan diri membaca jawapan.Saya suka Puan Guru menggunakan salah satu teknik nabi iaitu Tidak menegur kesilapan sebaliknya menerangkan jawapan yang betul.
Terima kasih kepada Tuan Mohd Haidhir Mohd Yusof atas kiriman gambar-gambar ini.semuga diberkati Allah
Jumaat, 21 Disember 2012
TAHNIAH TO MY DARLING KAKAK
Alhamdulillah ! Seribu syukur di atas segala nikmat dan rahmat kurniaan Allah buat my dear Kakak.Walaupun tak dapat 9A spt yg kakak target tapi mak dah cukup berpuashati dengan pencapaian kakak. Mak faham bukan mudah mengurus masa untuk menghafaz Quran dan dalam masa yg sama memberi tumpuan pada mata pelajaran akademik tapi kakak telah berjaya lalui semuanya dengan semangat yg kuat.
Ada banyak lagi cabaran menanti dihadapan dan mak doakan agar kakak sentiasa dalam peliharaan Allah dan terus cemerlang di dunia dan akhirat.
Selasa, 18 Disember 2012
PUDING COKLAT
Bukan nak bagi resepi puding coklat..cuma nak tuliskan rasa hati seorang emak .Resepi puding coklat yg sedap dan mudah boleh tengok di SINI Saya lebihkan sukatan tepung jagung dalam adunannya supaya tidak terlalu lembut dan boleh dipotong.
Berbagai jenis makanan boleh dibeli dengan mudah tapi keterujaan si anak yg luarbiasa terhadap masakan dari tangan emak membuatkan emak tak jemu-jemu memasak.Musim cuti sekolah ni memang tak kering tanganlah kata orang tu.Dari sebelum subuh sampai sebelum tidur semuanya dibuat demi anak-anak.
Nampak tak tangan kecil yang tak sabar-sabar tu ?Walaupun letih melayan tapi bila masakan yg dihidang licin tak berbaki,hilang segala keletihan.Begitulah hati seorang ibu.
Isnin, 17 Disember 2012
AWAS! PERUSUH HARUS SENTIASA DIPERHATIKAN
Ini cerita minggu lepas.
Bila kakpinat ugut " Nanti mak nak tunjuk gambar Ipan buat nakal kat abah ..biar abah marah dia"
Boleh dia jawab "yeah! nanti abah cakap Ipan omeyyy.."
sambil buat muka perasan hensem dan tak bersalah..geram tak..? geram tak..?
Kebetulan malam sebelumnya baru ambil gambar kerabu sare..dan camera tu pun mmg elok kat dapur ,cepat2 kakpinat matikan api pas tu cakap kat dia
"Duduk diam2 situ mak nak ambil gambar..biasalahkan..mak kan blogger".
Ehh! apalagi..dia pun senyummm..sambil tak melepaskan peluang buat peace!..hampess!
Bertuah punya budak! Kepada Ibu-ibu bapak-bapak semuanya yang ada anak sebesar ini bersiap siagalah selalu..kalau ada bunyi pelik sikit atau langsung senyap tak ketahuan tu ,cepat2lah check aktiviti anak kita. Takut dia tengah buat RUSUHAN yang membahayakan diri dia.
Alhamdulillah ,Syukur Allah pelihara Irfan.Lepas ni memang kena double triple alertlah.
Kak Pinat tinggalkan gorengan cekodok udang ni sekejap sebab nak kunci pintu depan ,sekali masuk semula kedapur tiba-tiba ternampak budak kecik ni tengah cuba nak godek kuali...kuat pulak tu dia tarik kerusi dan memanjat.Elok ajer tengah menonggeng nak capai sudip..Boleh imagine betapa bahayanya..Nauzubillahiminzalik
Bila kena jerkah bukan dia menangis ker..ketakutan ker..ehh!selamba jer buat muka kerang tersengih-sengih .Bila kakpinat ugut " Nanti mak nak tunjuk gambar Ipan buat nakal kat abah ..biar abah marah dia"
Boleh dia jawab "yeah! nanti abah cakap Ipan omeyyy.."
sambil buat muka perasan hensem dan tak bersalah..geram tak..? geram tak..?
Kebetulan malam sebelumnya baru ambil gambar kerabu sare..dan camera tu pun mmg elok kat dapur ,cepat2 kakpinat matikan api pas tu cakap kat dia
"Duduk diam2 situ mak nak ambil gambar..
Ehh! apalagi..dia pun senyummm..sambil tak melepaskan peluang buat peace!..hampess!
Bertuah punya budak! Kepada Ibu-ibu bapak-bapak semuanya yang ada anak sebesar ini bersiap siagalah selalu..kalau ada bunyi pelik sikit atau langsung senyap tak ketahuan tu ,cepat2lah check aktiviti anak kita. Takut dia tengah buat RUSUHAN yang membahayakan diri dia.
Alhamdulillah ,Syukur Allah pelihara Irfan.Lepas ni memang kena double triple alertlah.
Jumaat, 14 Disember 2012
KERABU SARE
Siapa pernah makan sate sare? seewed atau nori yg buat balut sushi? kolagen ? Sebenarnya tu semua adik beradik sepupu sepapatlah.Asal usulnya keturunan rumpai laut.Banyak khasiat rumpai laut ni antaranya awet muda dan membantu proses penghadaman sebab ia mengandungi banyak fibre
Kali pertama kakpinat nampak sare ni masa tengok pameran MAHA..kat situ ditulis fresh sweeted. Nampak segar -bugar gitu kan..Tapi masa tu tak terbayang pulak sare ni sedap di makan.
Sebagai peminat makanan Jepun kakpinat memang teruja sangat nak merasa sare ni kan...maklumlah,dalam hati nak awet muda..ahaks!
Sekali tu selang beberapa hari jumpa pulak Resepi kerabu sare kat blog Mek Klate kawan kakpinat ni.Alamak ! menitik-nitik air liur dibuatnya. Kasih-sayang Allah pada kakpinat dengan tak disangka2 ..ALHAMDULILLAH..malam2 hari sahabat kakpinat ni datang ke rumah menyampaikan hajat makan kerabu ni...terasa macam orang mengandung mengidam pulak..hihihi
Bila digaul semua ramuan ni,diperisakan dengan budu..memang sedap dan nikmat..terpejam-pejam mata menikmatinya..TERIMA KASIH sahabatku yg bersusah-payah,Allah jua yg membalasnya
Khamis, 13 Disember 2012
SOLAT,KUCING DAN JIRAN
Dah solat..? siapa belum solat sila selesaikan dulu tanggungjawab anda sebelum meneruskan membaca bebelan makcik pinat ni yer..
OK .. Budak ni tengah syok main basikal kat porch depan rumah tiba-tiba dari
dapur terdengar suara dia meraung..eehh! tengok-tengok dah terlentang mamat ni .mujur tak
berguling.
Dia kata ada kucing melintas ..tu sebab dia jatuh dari basikal..terkejutlah tu agaknya,apalagi..tertonggenglah kawankan.
Uwaa...Uwaaa! kucing ja'at ! kucing ja'at!
elehh! kata hero boboiboy..kena langgar dek kucing dah nanges.. trick nak mintak susulah tu
![]() |
Ni gambar lama..tadi tak sempat nak ambik gambar dia dah lari mencecet.. |
Beliaulah makhluk Allah yang dimaksudkan tu.Semalam dia jugalah yang kencing dalam pasu..habis nyawa-nyawa ikan pokok kaduk yang baru nak menunjukkan dedaunnya tu. Hari ni dia join pulak main dengan Irfan sampai mengakibatkan kemalangan..aduhai!
Tak pasal-pasal nyaris hangus ayam goreng kat dapur sebab makcik polis bergegas menyelesaikan masalah kucing melintas ni..Sebenarnya tak adalah nak marah sangat dengan kucing hitam ni. Diakan makhluk kesayangan nabi,lagi pun dah nama binatang tu..memanglah tak ada akal,nak buat cemanakan.
Sesiapa membela kucing,ni makcik nak ingatkan.Ramai yg terlepas pandang hal sebegini. Mudah-mudahan peringatan ini membantu memberi kita kesedaran tentang dosa yg kita dpt tanpa kita sedari.
Aikk..?? bela kucing dapat dosa ker..?
Bela kucing kalau sempurna penjagaan,makan minum dan diberi tempat tinggal yang sesuai sudah tentu diberi ganjaraan pahala ..yang berdosa tu kalau..
1. membiarkan kucing menjadikan pasu bunga atau halaman rumah jiran sebagai ‘tandas’2. membiarkan kucing bebas keluar/masuk rumah jiran “tanpa izin”
3. membiarkan kucing mintak makanan kat rumah jiran
4. membiarkan pasir pembuangan najis kucing berhari2 tak dibuang sehingga mendatangkan bau yang tidak menyenangkan jiran
5. memberi kucing liar makan sehingga banyak kucing berkampung dan beranak-pinak yang akhirnya mengganggu ketenteraman jiran
6. membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan kerana perbuatan tersebut menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
7. Lu pikirr lah sendiri
Nah! sekarang fikir-fikirkan dan selamat beramal..
** Aterr kome jgnlah salah sangka pulak yer..jiran makcik idok ler seteruk itu..adalah satu dua perkara yg dibuatnya..tu pun makcik lekas2 sound secara berhemah..saling ingat -mengingati sesama jiran kan amalan mulia..
Selasa, 11 Disember 2012
BUAH NAJIB UNTUK SAHABATKU KOG YG MENGIDAM
Nah!
Hari pertama dipamerkan..gambar pinjam kat CARI
Seminggu kemudian semasa kakPinat datang..
Sedih kan..?
Rabu, 5 Disember 2012
IRFAN CARI COCKROACH
Mak : Ipan !! kenapa punggah barang2 abah ni?..bahaya TAU ! ada paku,ada skrew,hammer...
Ipan cari apa?
Ipan :Ipan nak cari cockroach..
Mak : nak buat apa? nak goreng..? *tanduk mak dah mula keluar
Ipan : Tak boleh goreng cockroach lah mak..nanti berdocerr..masuk nelakerrr..akuttt!
Mak: dah..dah..simpan balik ,situ tak ada cockroach.
Ipan : mak ..mak..jgn goreng cockroach tau..
Mak : yerlah..yerlah..mak rebus jer..
Ipan cari apa?
Ipan :Ipan nak cari cockroach..
Mak : nak buat apa? nak goreng..? *tanduk mak dah mula keluar
Ipan : Tak boleh goreng cockroach lah mak..nanti berdocerr..masuk nelakerrr..akuttt!
Mak: dah..dah..simpan balik ,situ tak ada cockroach.
Ipan : mak ..mak..jgn goreng cockroach tau..
Mak : yerlah..yerlah..mak rebus jer..
Ipan : Haa..?? rebus apa ?
Mak : rebus Ipan *#@*
makan malam sepah-sepah
tidur lena dengan boboiboy
bangan pagi lewat
sedia nak buat sepah lagi
Seronoknya jadi kanak-kanak..(-_-)'
Ahad, 2 Disember 2012
MAHA 2012
MAHA datang lagi! Dah alang alang dekat dgn rumah kan..lagi pun kami ni asal dari kampung..hal2 yg berkaitan pertanian ni mmg dah sebati minatnya..kuikuikui..*alasan tak der tempat lain nak gi berjalan.
Nostalgia MAHA 2008 dan MAHA 2010
Kami pergi awal pagi,tak ramai orang best! awal pun tak lah awal mana..dah jam 11 pun..sampai jer terus tuju hall makanan malaysia tu ..Laporrr
Makanan yg diorder mestilah makanan yg jarang dijumpai di pasar malam kan...Nasi maklubah dengan rempah yg diimport dari Jordan,nasi beriani daging rusa,nasi dgn kerutup serati/itik ,sate jenama apa ntah dah lupa yg pasti sate tu lebih sedap dari Sate Samuri....kacang pul Johor yg famous tu ,cendol Borhan Kuala selangor pun ada..tapi tak orderlah sebab kebetulan baru lepas minum cendol Borhan masa balik kampung minggu lepas.
Wajah baby besar yg ceria..mujur dia nak duduk dalam tu..kalau tidak alamat cair lemak yg emak kumpul bertahun-tahun akibat kena berjogging kejar dia satu hall
balik kampung tak pernah masuk sawah..sampai sini nampak pokok padi punyalah hairan..
Last sebelum balik..bagi bebudak ni main melompat-lompat dalam tu sampai letih..yg peliknya diorang tak letih pun. Tahun ni tak pergi pun tempat yg jual benih pokok2 dan binatang segala tu..sempat beli jagung madu dan manggis jer..malaslah dah longgar skru kaki..lagi pun kalau nak ikutkan MAHA ni kawasan luas memang tak puas pergi sehari. Mudah-mudahan ada rezeki jumpa 2 tahun lagi.
**Tengah ligat berfikir nak pergi Trick Art Museum kat ICT Shah Alam pulak..kena cari masa yg sesuai..
Nostalgia MAHA 2008 dan MAHA 2010
Kami pergi awal pagi,tak ramai orang best! awal pun tak lah awal mana..dah jam 11 pun..sampai jer terus tuju hall makanan malaysia tu ..Laporrr
Kata makanan Malaysia kan tetiba jumpa pulak booth yg jual makanan Jepun..sushilah,tokoyakilah..yg special mochi inti durian! rasanya lebih sedap dari crepe durian.
Wajah baby besar yg ceria..mujur dia nak duduk dalam tu..kalau tidak alamat cair lemak yg emak kumpul bertahun-tahun akibat kena berjogging kejar dia satu hall
lepas kenyang ,masuk pameran pulak
Ubi gergasi yg menang nombor satu
Nangka giant lak
geramnya !
Rasa macam nak buat kat rumah macam ni guna akuarium yg bocor tu..
Gila sekejap kat sini...
Masuk pertandingan teka bijibenih..kalau jadi juara menang ladang sayur 5 ekar..lumayan seyy *berangan
tak tau nak komen apa dah...
dah seminggu lebih dibuat pameran,dah naik kecut buah ni..ops!
Ni semua antara buah-buahan dalam pameran buah-buahan nadir..banyak lagi sebenarnya..
Masa untuk makan segala tester! hahaha..biasala kan..makan minum sampai kenyang belinya tak seberapa pun
Irfan dengan Hannah ralit tengok mat belon ni..tu belon pink utk Hannah..macam tau2 jer colour kesukaan Hannah
Lama betul tak makan jeruk maman yg penuh nostalgia ni..huhuhu..rasa nak nangis ..;(
Irfan seronok betul tengok pameran Jabatan Perikanan ni..fish! fish! dia punya jerit...
Terus dapat kawan yg satu kepala dengan dia..tak tau apa diorang borakkan entah..child communication gittew..
Telur penyu
Anatar daya tarikan MAHA..berapa ramai punya orang berkerumun..padahal gerai pisang goreng jer..apa istimewanya?
Makcik dari GORONTALO,Sumatera ni namanya tak ingat tapi beliau mempunyai kelebihan luar biasa mampu celup tangan dalam minyak panas semasa memasukkan,menterbalik dan mengangkat pisang yg di goreng tu..tak pakai sudip pun.Kelebihan kurniaan Allah.
Last sebelum balik..bagi bebudak ni main melompat-lompat dalam tu sampai letih..yg peliknya diorang tak letih pun. Tahun ni tak pergi pun tempat yg jual benih pokok2 dan binatang segala tu..sempat beli jagung madu dan manggis jer..malaslah dah longgar skru kaki..lagi pun kalau nak ikutkan MAHA ni kawasan luas memang tak puas pergi sehari. Mudah-mudahan ada rezeki jumpa 2 tahun lagi.
**Tengah ligat berfikir nak pergi Trick Art Museum kat ICT Shah Alam pulak..kena cari masa yg sesuai..
Langgan:
Catatan (Atom)