Selasa, 18 Disember 2012

PUDING COKLAT


Bukan nak bagi resepi puding coklat..cuma nak tuliskan rasa hati seorang emak .Resepi puding coklat yg sedap dan mudah boleh tengok di SINI Saya lebihkan sukatan tepung jagung dalam adunannya supaya tidak terlalu lembut dan boleh dipotong.

 
Berbagai jenis makanan boleh dibeli dengan mudah tapi keterujaan si anak  yg luarbiasa terhadap masakan dari tangan emak membuatkan emak tak jemu-jemu memasak.Musim cuti sekolah ni memang tak kering tanganlah kata orang tu.Dari sebelum subuh sampai sebelum tidur semuanya dibuat demi anak-anak.
Nampak tak tangan kecil yang tak sabar-sabar tu ?
Walaupun letih melayan tapi bila masakan yg dihidang licin tak berbaki,hilang segala keletihan.Begitulah hati seorang ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan