Isnin, 17 Disember 2012

AWAS! PERUSUH HARUS SENTIASA DIPERHATIKAN

Ini cerita minggu lepas.
Kak Pinat tinggalkan gorengan cekodok udang ni sekejap sebab nak kunci pintu depan ,sekali masuk semula kedapur tiba-tiba ternampak budak kecik ni tengah cuba nak godek kuali...kuat pulak  tu  dia tarik kerusi dan memanjat.Elok ajer tengah menonggeng nak capai sudip..Boleh imagine betapa bahayanya..Nauzubillahiminzalik
Bila kena jerkah bukan dia menangis ker..ketakutan ker..ehh!selamba jer buat muka kerang  tersengih-sengih .

Bila kakpinat ugut  " Nanti mak nak tunjuk gambar Ipan buat nakal kat abah ..biar abah marah dia" 

Boleh dia jawab "yeah! nanti abah cakap Ipan omeyyy.." 
sambil buat muka perasan hensem dan  tak bersalah..geram tak..? geram tak..?

Kebetulan malam sebelumnya baru ambil gambar kerabu sare..dan camera tu pun mmg elok kat dapur ,cepat2 kakpinat matikan api pas tu cakap kat dia
 "Duduk diam2 situ mak nak ambil gambar..biasalahkan..mak kan blogger".
Ehh! apalagi..dia pun senyummm..sambil tak melepaskan peluang buat peace!..hampess!

Bertuah punya budak! Kepada Ibu-ibu bapak-bapak semuanya yang ada anak sebesar ini bersiap siagalah selalu..kalau ada bunyi pelik sikit atau langsung senyap tak ketahuan tu ,cepat2lah check aktiviti anak kita. Takut dia tengah buat RUSUHAN yang membahayakan diri dia.

Alhamdulillah ,Syukur Allah pelihara Irfan.Lepas ni memang kena double triple alertlah.

6 ulasan:

  1. sama la dengan budak Akim .. selalu buat benda2 pelik . So kalau nak tinggalkan dia , akak bagi dia laptop dan buka upin ipin .. dari akak keluar sampai akak balik dia masih depan laptop .. rasanya itu lebih selamat .. kalau tak macam2 dia nak explore ... so kita mmg kena selalu hati-hati ya.

    BalasPadam
  2. betul la sis. if my dotter tiba2 tak berbunyi, diam and langsung tak berbunyi...ada la keje yg dia tgh buat tu. T__T

    BalasPadam
  3. Kakyan,
    terkejar2 nak melayan Irfan ni..yg hairan tu,mak dia tak mau kurus2 jugak! hihihi

    BalasPadam
  4. RedRose,
    Irfan ni kalau senyappp jer tu biasanya tengah mengemas! main bedak atau punggah kain baju..adehhh

    BalasPadam
  5. KOG,
    tu lah..kecut perut,kecut muka..

    BalasPadam