Khamis, 13 Disember 2012

SOLAT,KUCING DAN JIRAN


Dah solat..? siapa belum solat sila selesaikan dulu tanggungjawab anda sebelum meneruskan membaca bebelan makcik pinat ni yer..


 OK .. Budak ni tengah syok main basikal kat porch depan rumah tiba-tiba dari dapur terdengar suara dia meraung..eehh! tengok-tengok dah terlentang mamat ni .mujur tak berguling.

 Dia kata ada kucing melintas ..tu sebab dia jatuh dari basikal..terkejutlah tu agaknya,apalagi..tertonggenglah kawankan.

 Uwaa...Uwaaa! kucing ja'at ! kucing ja'at!
 elehh! kata hero boboiboy..kena langgar dek kucing dah nanges.. trick nak mintak susulah tu

Ni gambar lama..tadi tak sempat nak ambik gambar dia dah lari mencecet..
Beliaulah makhluk Allah yang dimaksudkan tu.Semalam dia jugalah yang kencing dalam pasu..habis nyawa-nyawa ikan pokok kaduk yang baru nak menunjukkan dedaunnya tu. Hari ni dia join pulak main dengan Irfan sampai mengakibatkan kemalangan..aduhai!

Tak pasal-pasal nyaris hangus ayam goreng kat dapur sebab makcik polis bergegas menyelesaikan masalah kucing melintas ni..Sebenarnya tak adalah nak marah sangat dengan kucing hitam ni. Diakan makhluk kesayangan nabi,lagi pun dah nama binatang tu..memanglah tak ada akal,nak buat cemanakan.

Sesiapa membela kucing,ni makcik nak ingatkan.Ramai yg terlepas pandang hal sebegini. Mudah-mudahan peringatan ini membantu memberi kita kesedaran tentang dosa yg kita dpt tanpa kita sedari.

Aikk..?? bela kucing dapat dosa ker..?

Bela kucing kalau sempurna penjagaan,makan minum dan diberi tempat tinggal yang sesuai sudah tentu diberi ganjaraan pahala ..yang berdosa tu kalau..

1. membiarkan kucing menjadikan pasu bunga atau halaman rumah jiran sebagai ‘tandas’

2. membiarkan kucing bebas keluar/masuk rumah jiran “tanpa izin”

3. membiarkan kucing mintak makanan kat rumah jiran 

4. membiarkan pasir pembuangan najis kucing berhari2 tak dibuang sehingga mendatangkan bau yang tidak menyenangkan jiran

5. memberi kucing liar makan sehingga banyak kucing berkampung  dan beranak-pinak yang akhirnya mengganggu ketenteraman jiran

6. membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan kerana perbuatan tersebut menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

7. Lu pikirr lah sendiri 

Nah! sekarang fikir-fikirkan dan selamat beramal..

** Aterr kome jgnlah salah sangka pulak yer..jiran makcik idok ler seteruk itu..adalah satu dua perkara yg dibuatnya..tu pun makcik lekas2 sound secara berhemah..saling ingat -mengingati sesama jiran kan amalan mulia..

4 ulasan:

  1. Pinat, saya mengalami kesemua dari nombor 1 hingga nombor 6...tak terdaya dah rasanya, semalam bila anak saya terduduk atas air kencing kucing betul2 dilantai porch, saya mengamuk sakan. Terpaksa basuh lantai porch dengan dinding2nya sekali. Sekarang saya sediakan seikat lidi untuk menghalau kucing2 tu sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dlm pagar rumah serta terpaksa melarang anak2 memberi mkn kpd kucing2 tu untuk mengelakkan mrk terbiasa dan selalu masuk rumah.

    BalasPadam
  2. Salam Cik Wan,
    Itulah harga yg terpaksa dibayar untuk menjaga hati dan menjamin hubungan baik dgn jiran kan..kalau berterusan begitu memang makan hati berulam jantunglah jawabnya.Sebaiknya berterus-terang saja dengan jiran..dlm masa yg sama berdoa minta jiran tu lembut hati dan berfikiran terbuka.Kalau payah sangat..email link entry bebelan makcik pinat ni kat dia..bior dibacanyerr....hahaha

    BalasPadam
  3. eh biasanya orang naik kereta/motor/basikal langgar kucing... ni kucing langgar dia! ajaib, hehe :)

    BalasPadam
  4. KOG,
    hahaha..! yanglanggar pulak KUCINGITAMKURUS..lagilah ajaib!

    BalasPadam