Ahad, 6 Januari 2013

APLIKASI MENDORONG PELAJAR MENGIKUT TEKNIK NABI 2


Ada kawan yang minat nak tahu tentang teknik yang saya aplikasi ini.Beliau tanya beberapa soalan..tapi ini yg dapat saya jawab

Saya pun baru mula mengaplikasikan teknik ini kepada anak-anak dan murid . Alhamdulillah pernah join bengkel sekali dan banyak dpt teknik tu melalui ebook dan blog mentor2nya.

Langkah pertama yg sya buat ialah memuji..itu saja..
Puji perbuatan baik atau hasil kerja walaupun kecil..murid rasa dihargai bila dipuji. Dia akan tertarik dgn kita..bila murid suka cikgu,murid akan mudah dengar cakap cikgu..

Dalam masa yg sama lupakan/jgn sebut kesalahan yg dibuat utk menaikkan self esteem dia.Ini akan jadi motivasi utk murid .

Contoh: Saya minta murid lukis peta minda menunjukkan cara-cara bersyukur.Seorang murid ni tak siapkan kerja ,dia goyang2 kaki sambil usik kawan.

Ikutkan hati mmg nak marah dan siasat/tegur macam yg selalu saya buat dulu..:
'kenapa tak siapkan kerja?' atau 'kenapa usik kawan sebelah ?'

Teknik Nabi tidak tegur kesilapan tapi terangkan peraturan atau terangkan perkara yg betul.

Sambil saya berjalan dari meja ke meja saya terangkan peraturan secara umum .
Saya nyatakan; ''Peta minda yang ustazah minta kamu lukis mesti disiapkan hari ini juga.Ustazah suka jika kamu menggunakan masa dengan betul dan tidak menangguhkan kerja.Esok kita akan belajar tajuk yang baru''

Jadi saya tak tegur perbuatan usik kawan atau tak siap kerja sebaliknya memuji. Caranya? Saya cari kebaikan dia walaupun kecil dan tak ada kaitan dgn perbuatan yg saya mahu.(Saya mahu dia siapkan kerja dan tak usik kawan)

Saya hampiri dia dan nampak dia sudah menulis tajuk pelajaran dan tarikh dalam buku.Hanya sebahagian peta minda yg telah dilukis.
'Wah! cantik tulisan awak Afiq! Ustazah suka awak tulis tajuk dgn kemas ! (puji hasil kerja) Ustazah yakin kalau awak terus menulis ,peta minda awak ni jadi lebih cantik"(impak)

Saya telah gabungkan dua teknik:
1.Puji kebaikan walaupun kecil
2.Tutup mata/tidak tegur kesalahan sebaiknya menerangkan peraturan.


Alhamdulillah berhasil! Afiq tersengih-sengih memandang saya.Mungkin sengih bangga kena dpuji di hadapan kawan-kawan.Dia mengeluarkan pen berwarna-warni dari dalam beg dan mula menyiapkan melukis peta minda yg saya suruh..!
Selalunya setiap perkara pasti ada cabaran..tapi percayalah ternik NABI tidak mengecewakan.Saya pun masih belajar dan saya bukan yg terbaik.Kita berkongsi sama2

1 ulasan:

  1. Sangat menarik. Saya nak aplikasikan teknik ini. Doakan.

    BalasPadam