Kelas
tingkatan 4 Spektra adalah kelas kedua corot.Minggu lepas hanya 17
daripada 34 orang murid sahaja yang menghantar buku latihan untuk
diperiksa.Saya tahu sebahagian besar tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberi kerana malas. Rasa geram bercampur sedih saya pendamkan di dalam
hati.
Dua hari kemudian apabila saya masuk semula ke kelas itu
saya telah memuji 17 orang murid tersebut di hadapan murid-murid yg
lain.
''Ustazah kagum dan bangga dengan 17 orang murid yang
menghantar buku dua hari lepas. Kamu semua telah melaksanakan amanah
dengan baik.Saya percaya tentu ibubapa kamu juga bangga dengan usaha
kamu semua"
Kelas jadi riuh-rendah kerana sebilangan murid
yang dipuji bersorak gembira dan sebahagian yang lain membuat bunyi
'boo!' sambil mengejek-ngejek..
Kata-kata seorang murid (saya namakan sebagai Azlan) membuat darah saya naik menyirap.
''Elehh!! ustazah kagumlah sangat ! buat homework jer pun..mak bapak
diorang tak bangga pun..saya pun boleh buat,saja tak nak..!''
Ikutkan hati rasa nak jawab balik.." dah tu kenapa awak tak buat?''
Saya tarik nafas sambil mengawal rasa marah dan teruskan memuji..
" Setiap usaha yang kamu semua lakukan semasa menuntut ilmu akan
beroleh ganjaran pahala.Allah suka,ibubapa sayang,guru pun gembira. dari
situlah datangnya keberkatan ilmu.Ilmu yang berkat akan jadikan kita
berjaya,beroleh apa yang kita hajati ,hidup bahagia dunia akhirat"
"Buat homework pun dapat berkat juga ker ustazah?" Tanya Hafizi si
lurus bendul. Sebenarnya dia pun turut tidak menghantar buku.
"Dah tentu !17 orang murid yang hantar buku itu diberkati Allah kerana
patuh arahan guru dan melaksanakan tanggung jawab belajar yang
diamanahkan oleh ibubapa mereka.Ustazah yakin kamu semua akan dapat
keputusan cemerlang nanti kerana rajin berusaha dan disayangi Allah "
''Habis? yang tak hantar buku ni macamana?" cemas suara Hafizi bertanya lagi.
" Tak jadi masaalah.Sedangkan orang yang berdosa pun Allah ampunkan
jika dia bertaubat..apatahlagi orang yang tidak hantar buku latihan.
Allah akan berkati pelajar yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
Siapkan latihan dan hantar buku sebelum balik hari ini."
Selepas memberikan solusi saya teruskan pelajaran hari itu tanpa menyebut lagi 'kisah hantar buku'.
Seolah tidak percaya bila saya lihat selonggok buku dari kelas 4
Spektra di atas meja saya di bilik guru pada waktu terakhir
pelajaran.Saya bilang jumlahnya ..ya ! ada 16 buah semuanya.Masih
berbaki sebuah buku lagi yang belum dihantar tapi saya sudah tersenyum
puas.
Selepas loceng tamat waktu persekolahan tiba-tiba saya
nampak kelibat Azlan terjenguk-jenguk di pintu bilik guru.Saya panggil
dia masuk.
"Ustazah,ini buku saya.Saya minta maaf sebab lambat
hantar buku..tapi saya dapat berkat juga kan..?" ujarnya
tersenyum-senyum malu.
" Azlan, Allah berkati hidup awak
kerana patuh arahan guru.Awak satu-satunya murid yang datang minta
maaf.Sejuk rasa hati ustazah.Tak mustahil awak akan berjaya suatu hari
nanti kalau terus bersikap begini.Tentu ibubapa awak gembira ada anak
seperti awak."
" Mesti mak saya bangga saya siapkan kerja hari ni.." tambahnya pula.
Waktu itu entah mengapa saya rasa seperti _________(tak tau nak cerita
rasa hati saya ). Mujurlah Azlan cepat beredar sebelum sempat dia
melihat saya mengesat airmata!
**Menahan sabar itu memang perit dan menyakitkan tapi percayalah di hujung kesabaran ada manis rasa dan indah pelangi yang tak terucap dengan perkataan.SubhanAllah!
Maha suci Allah yang membolak-balikkan hati manusia.... Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam takwa kepada Mu.
tak payah la ustazah, kawan blog ustazah pun menitis air mata bila baca =)
BalasPadamKOG..
BalasPadamdah..dah..tak payah nak airmata sangat,nanti kelaparan..jom kita pi makan..;)
seronok membaca pengalaman-pengalaman guru. menjadi guru (sebagai kerjaya) adalah cita-cita asal saya, tapi masih tak kesampaian sampai hari ini.
BalasPadamSalam tuan Ijam MY,
BalasPadamIbu bapa adalah guru yang terbaik buat anak-anak,mendidik penuh kasih tanpa batasan.