Ahad, 13 Januari 2013

APLIKASI MENDORONG PELAJAR MENGIKUT TEKNIK NABI 3

 
Gambar hiasan
Kelas tingkatan 4 Spektra adalah kelas kedua corot.Minggu lepas hanya 17 daripada 34 orang murid sahaja yang menghantar buku latihan untuk diperiksa.Saya tahu sebahagian besar tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi kerana malas. Rasa geram bercampur sedih saya pendamkan di dalam hati.

Dua hari kemudian apabila saya masuk semula ke kelas itu saya telah memuji 17 orang murid tersebut di hadapan murid-murid yg lain.

''Ustazah kagum dan bangga dengan 17 orang murid yang menghantar buku dua hari lepas. Kamu semua telah melaksanakan amanah dengan baik.Saya percaya tentu ibubapa kamu juga bangga dengan usaha kamu semua"

Kelas jadi riuh-rendah kerana sebilangan murid yang dipuji bersorak gembira dan sebahagian yang lain membuat bunyi 'boo!' sambil mengejek-ngejek..

Kata-kata seorang murid (saya namakan sebagai Azlan) membuat darah saya naik menyirap.

''Elehh!! ustazah kagumlah sangat ! buat homework jer pun..mak bapak diorang tak bangga pun..saya pun boleh buat,saja tak nak..!''

Ikutkan hati rasa nak jawab balik.." dah tu kenapa awak tak buat?''

Saya tarik nafas sambil mengawal rasa marah dan teruskan memuji..
" Setiap usaha yang kamu semua lakukan semasa menuntut ilmu akan beroleh ganjaran pahala.Allah suka,ibubapa sayang,guru pun gembira. dari situlah datangnya keberkatan ilmu.Ilmu yang berkat akan jadikan kita berjaya,beroleh apa yang kita hajati ,hidup bahagia dunia akhirat"

"Buat homework pun dapat berkat juga ker ustazah?" Tanya Hafizi si lurus bendul. Sebenarnya dia pun turut tidak menghantar buku.

"Dah tentu !17 orang murid yang hantar buku itu diberkati Allah kerana patuh arahan guru dan melaksanakan tanggung jawab belajar yang diamanahkan oleh ibubapa mereka.Ustazah yakin kamu semua akan dapat keputusan cemerlang nanti kerana rajin berusaha dan disayangi Allah "

''Habis? yang tak hantar buku ni macamana?" cemas suara Hafizi bertanya lagi.

" Tak jadi masaalah.Sedangkan orang yang berdosa pun Allah ampunkan jika dia bertaubat..apatahlagi orang yang tidak hantar buku latihan. Allah akan berkati pelajar yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Siapkan latihan dan hantar buku sebelum balik hari ini."

Selepas memberikan solusi saya teruskan pelajaran hari itu tanpa menyebut lagi 'kisah hantar buku'.

Seolah tidak percaya bila saya lihat selonggok buku dari kelas 4 Spektra di atas meja saya di bilik guru pada waktu terakhir pelajaran.Saya bilang jumlahnya ..ya ! ada 16 buah semuanya.Masih berbaki sebuah buku lagi yang belum dihantar tapi saya sudah tersenyum puas.

Selepas loceng tamat waktu persekolahan tiba-tiba saya nampak kelibat Azlan terjenguk-jenguk di pintu bilik guru.Saya panggil dia masuk.

"Ustazah,ini buku saya.Saya minta maaf sebab lambat hantar buku..tapi saya dapat berkat juga kan..?" ujarnya tersenyum-senyum malu.

" Azlan, Allah berkati hidup awak kerana patuh arahan guru.Awak satu-satunya murid yang datang minta maaf.Sejuk rasa hati ustazah.Tak mustahil awak akan berjaya suatu hari nanti kalau terus bersikap begini.Tentu ibubapa awak gembira ada anak seperti awak."

" Mesti mak saya bangga saya siapkan kerja hari ni.." tambahnya pula.

Waktu itu entah mengapa saya rasa seperti _________(tak tau nak cerita rasa hati saya ). Mujurlah Azlan cepat beredar sebelum sempat dia melihat saya mengesat airmata!
 
**Menahan sabar itu memang perit dan menyakitkan tapi percayalah di hujung kesabaran ada manis rasa dan indah pelangi yang tak terucap dengan perkataan.SubhanAllah!
Maha suci Allah yang membolak-balikkan hati manusia.... Ya Allah tetapkanlah hati kami dalam takwa kepada Mu.
 

4 ulasan:

  1. tak payah la ustazah, kawan blog ustazah pun menitis air mata bila baca =)

    BalasPadam
  2. KOG..
    dah..dah..tak payah nak airmata sangat,nanti kelaparan..jom kita pi makan..;)

    BalasPadam
  3. seronok membaca pengalaman-pengalaman guru. menjadi guru (sebagai kerjaya) adalah cita-cita asal saya, tapi masih tak kesampaian sampai hari ini.

    BalasPadam
  4. Salam tuan Ijam MY,
    Ibu bapa adalah guru yang terbaik buat anak-anak,mendidik penuh kasih tanpa batasan.

    BalasPadam